Travelogue Annapurna
Posted on May 17, 2012
Hi kawan-kawan, akhirnya dah sampai ke penghujung rancangan travelogue saya di nepal. waktu tengah nak edit video last nie, memang terasa, tersangat rindu, macam nak pergi lagi ke annapurna, tapi, kena pergi trekk yang lain la kan. Seriously part last video-video travelogue ni, sangat membuatkan aku kagum dengan ciptaan tuhan dan aku rase beruntung sebab diberikan peluang untuk sampai ke annapurna base camp. Ini adalah titik permulaan bagi perjalanan dan penjelajahan aku, lepas balik daripada nepal, aku dapat rasa aura baru dan sesuatu yang telah membuka luas minda aku, tentang kepuasan dan nikmat bersyukur kepada Allah S.W.T. Berjalan ke negara orang bukan sahaja nak melihat keindahan tapi ingin belajar tentang kehidupan dan realiti

selepas lintas new bridge, trekk boleh tahan mencabar dan terasa kebas kaki-kaki
kat bawah nie korang boleh play daripada awal episod 3, sampai ke part yang last-last. part yang last bagi aku, sangat-sangat sedih, sebab aku yang edit sendiri,so sebak jugak sebab teringat balik kenangan-kenangan waktu kat annapurna base camp, terasa buat aku nak pegi lagi ke annapurna, tapi trek yang lain la
Ucapan terima kasih kepada korang kat sini yang sudi luangkan masa untuk play semua video-video aku, insyallah lepas nie, ada lagi video-video yang menarik, yang nak aku share dengan korang semua, kalau ade kekurang harap maaf, jika video tak berapa nak kualiti, maaf jugak, sebab aku bukan videographer, just hanya buat video untuk sesuke sahaja, apapun, nantikan entry seterusnya dengan gambar-gambar yang menarik untuk korang tengok, ok bye !!
Filed Under Uncategorized | Leave a Comment
Annapurna
Posted on May 16, 2012
Hi semua, rasanya sudah lama jugak blog nie tak ade cerita terbaru, padahal memang ada cerita baru yang nak sangat saya kongsikan kepada korang semua. Sebenarnya cerita semua dah habis saya taip, tunggu masa untuk share dengan korang semua sahaja.
Ramai yang nak membaca cerita saya berkenaan dengan berjalanan saya ke Annapurna base camp kan ?, Selama 3 minggu saya berada disana, saya tidak balik dengan tangan kosong ke Malaysia. Banyak gambar-gambar yang saya ambik sepanjang berada di Kathmandu, tetapi agak kurang bergambar bila berada di Annapurna base Camp, atas faktor cuaca yang sejuk dan ribut, ia sebahagian daripada penghalang. Apapun, entry ini adalah entry pemanasan, nak tau lebih lanjut cerita-cerita menarik, jangan lupa, bookmark blog ni ok
Filed Under Uncategorized | Leave a Comment
Songkran 2012
Posted on May 15, 2012
The Songkran Festival is the traditional Thai New Year celebrated on 13-15 April yearly by the Thai community in Pendang,Kedah, Malaysia. The Wat titi akar Thai Buddhist Temple, which is also the home to the infamous Sleeping Buddha, hosts the celebration for the festival very year with thousands of devotees paying a visit to the temple to pray.
Ok sebenarnya aku nak cerita sikit berkenaan dengan trip aku ke festival songkran nie, plan asal, aku nak ke nakhon si thammarat untuk ambik gambar sambutan grand songkran kat sana. Semua preparation pon dah dibuat sebelum aku nak bergerak ke Thailand. Sambutan Songkran disambut pada 13 – 15 April setiap tahun dan sambutan songkran ini semperna menyambut tahun baru bagi kalendar buddha. Di thailand memang disambut meriah pada tiap-tiap tahun, yang mana disambut dari utara sampai la ke selatan thailand dan hari tu kena sporting tak leh marah-marah, ko nak simbah sape, ko simbah la, termasuk la sami-sami.
Sebelum aku bergerak ke Thailand aku dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada beberapa kenalan yang aku kenal di Thailand dan agak hampa, sebab aku dapat maklumat dan nasihat supaya aku jauhkan daripada berada ditempat yang menjadi tumpuan pada pesta Songkran, atas faktor keselamatan, mana nak jadi, itu diorang tak pasti, diorang terima maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kebetulan waktu orang nak sambut songkran, di hatyai masih lagi panas dengan tragedi letupan boom di lee garden di tengah bandar Hatyai. Aku pun ambik langkah selamat, ikut nasihat daripada diorang, memang kat mana-mana boleh jadi, tapi sekurang-kurang kita berjaga-jaga, malang tak berbau, kalau bau senang nak hidu kat manakan.
Back-up plan, aku cari info kat mana songkran disambut kat Malaysia dan Aku dapat maklumat, Songkran akan disambut di Beberapa kawasan di Daerah pendang , dimana terdapat perkampungan orang-orang siam thai yang tinggal di beberapa kawasan dipendang. Kalau korang nak tau, Daerah pendang memang mempunya penduduk siam yang tinggal sudah berpuluh tahun, bukan sahaja didaerah pendang, tapi terdapat daerah-daerah lain di kedah. Penduduk siam ini adalah rakyat malaysia dan diorang ni boleh bertutur dalam bahasa melayu & bahasa thai, tapi loghat dia berlainan, mcm kita la kan.
Di daerah pendang terdapat banyak kampung dan juga watt buddha, antaranya watt paya mat inson, watt padang pusing, watt padang peliang, watt kampung cina dan banyak lagi, aku sendiri pon tak ingat. Bila tiba hari songkran, memang ramai orang siam keluar dan ada antara diorang nie keliling kampung dengan lori dan motosikal, sebab misi nak simbah orang. Dalam pesta songkran ni terdapat jugak pelancong-pelancong luar yang datang untuk celebrate songkran. Dalam ambik gambar, aku sendiri pon kena tepung, bedak & air dan nasib baik kamera aku dah berbungkus tebal.
untuk kawan-kawan yang nak ambik gambar atau nak datang celebrate main air tahun depan, malas nak ke thailand, aku cadangankan korang datang kat Pendang ni, dan ingat nama-nama tempat yang aku sebutkan kat atas dan jangan lupa tarikh tu setiap tahun, set dalam kalendar ok, apapun silakan tengok gambar-gambar kat atas ni ok
Filed Under Uncategorized | Leave a Comment
menampi padi
Posted on March 13, 2012
Minggu lepas selama seminggu aku bercuti kat kampung, balik kampung sebab nak uruskan berkenaan dengan Majlis Perkahwinan tuan punya blog nie sendiri, tak de hebat mana preparation yang nak dibuatnya, hanya sekadar sambutan sedarhana sahaja, asalkan lepas selesai. HIV test dah buat, isi borang pon dah buat, tapi satu jek la, aku tertinggal pulak sijil khusus nikah, jadi kena balik semula ke Pendang, lepas nie nak ke Pattani untuk jemput kaum kerabat kat sana.
Balik pasal cerita balik kampung nie, aku memang suka bila tiap-tiap kali balik kampung, waktu yang aku tak akan lepaskan adalah waktu pagi,waktu petang dan waktu malam. Kalau waktu pagi, awal pagi benda yang paling best adalah keliling kampung dalam waktu tengah berembun pagi, lepas tu lepak kat kedai kopi dengan veteran-veteran kampung, share cerita lama yang berkaitan dengan sejarah. sejak dua menjak nie, aku terarah untuk mengambil tahu berkenaan dengan sejarah, ditambahkan pulak itik perliharaan kami sekeluarga dah pon bertelur, so awal pagi kat kampung bagi makan itik dengan kutip telur itik, bagi sesapa yang nak order telur itik atau telur masin, boleh jek contact aku ok
. Waktu Petang pulak, apa yang bestnya, jalan-jalan kat sawah bendang sambil menunggu matahari terbenam. Walau kat mana aku pernah sampai selama aku menjelajah, kampung aku la paling cantik sekali kat mana aku dan aku bangga sebab dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana kampung, lahir dalam basic, lahir-lahir dah tengok kampung. Selain daripada bersiar-siar kat kampung sendiri, aku jugak suka jalan-jalan kat kampung orang lain.
dua,tiga hari yang lepas waktu aku berjalan kat kampung orang, aku terserempak dengan mak cik-mak cik yang sibuk menampi padi atau lebih senang, mengasingkan padi angin. Suasana atau kegiatan macam tu memang susah untuk kita lihat lagi, terutama dikedah, aku sempat tengok pon waktu aku masih dalam zaman kanak-kanak lagi, kebetulan pada masa yang sama, kamera ada ditangan
Proses memisahkan benih padi yang elok dan mengasingkan atau membuang padi angin, padi angin tu, padi kosong yang tak ada isi beras. Disebabkan aktiviti nie sekarang susah untuk aku tengok lagi, aku ambik keputusan untuk dokemantasikan gambar-gambar nie
Setiap padi yang ingin ditampi akan diletakkan dalam bekas mengkuang terlebih dahulu dan sebelum proses menampi padi ni, padi perlu dijemur ditengah panas untuk beberapa hari, Padi ni bukan untuk dimakan tapi untuk dijadikan sebagai benih padi, apa yang mak cik nie cakap, padi ni, padi jenis kategori yang baik
Setiap padi yang sudah siap dijemur akan dikaut ke dalam bekas mengkuang terlebih dahulu dan akan ditimbang mengikut sukatan. Dulu padi ditampi untuk dimakan untuk keluarga, sekarang nie orang tanam padi bukan untuk kegunaan sendiri, tapi bertujuan bagi mendapatkan benih yang akan disemai semula
Proses menampi padi ni dilakukan pada waktu petang selalunya dan pada waktu angin yang kuat, so kalau tak ada angin, macam mana nak asingkan padi kosong. Sebelum aku ambik gambar ini apa yang aku buat, adalah berbaik-baik terlebih dulu tanpa memegang kamera, bukan main redah, kalau main redah, memang la orang malu, senang cerita ayat dulu slow-slow
Proses menampi padi angin nie memerlukan diorang tenaga kerja dan selebihnya adalah tukang QC dan tukang tengok, bestkan tengok gelagat orang tua, nak pulak orang tua yang suka banyak bercakap, masak juga nak melayan. Kebanyakkan orang tua atau warga emas yang duduk dipendang, diorang nie boleh bercakap siam, siap fasih lagi bila bercakap, kalau ada orang pendang kat sini, pasti dia tau
Selepas proses pengasinggan, padi yang sudah siap ditampi akan dibawa ke tali air bagi proses rendaman selama 1 hari 1 malam, bertujuan bagi proses pengembanggan benih padi baru, korang tengok guni benih tu, jangan nak lebih-lebih plak mengomen ok. apapun setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan kepada korang dan jangan lupa, ada lagi entry yang akan datang, tak sabar nak share dengan korang, apapun selamat membaca
Filed Under Uncategorized | 1 Comment
Thale Noi, Patthalung
Posted on March 12, 2012
Hari ahad kemarin aku ambik keputusan ke untuk ke patthalung, Thailand dengan beberapa rakan photographer di jitra, kebetulan pada yang sama, aku senang mencari bahan untuk di dokemantasikan sebagai satu bahan bacaan. Patthalung terletak didalam wilayah Selatan Thailand dan patthalung hampir dengan Nakhon Sim, Krabi & Phuket, mungkin mengambil masa dalam 30,40 minit untuk sampai nama yang aku sebut.
Bangun awal pagi dalam 5.30 pagi dari pendang untuk sampai ke changloon, alhamdulillah sampai di changloon pada pukul 6.30 pagi. Perjalanan daripada pendang nak ke bukit kayu hitam sekarang memang senang dan mudah dengan hanya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan masa yang diambil hanya 35 minit untuk sampai ke Boarder Malaysia dan Thailand, 35 minit dalam kelajuan 120 J kalau tak speed mcm tu, mungkin dalam 40 minit masa perjalanan.
Sampai di Changloon pada 6.30pagi dan terus ke Kedai Zaidi di Taman Tradisi, kalau kawan-kawan yang duduk sebelah utara, mesti kenal dengan Zaidi, kedai kamera. Sebelum ni memang kami berjanji untuk ke Patthalung, telefon zaidi kalau tak silap hari jumaat, waktu aku tengah mencari di mana istana meninggalan Raja Bersiong, pada kawan-kawan istana ini masih wujud lagi di kedah, tapi untuk sampai ke sana agak susah. Perjalanan kami ke Patthalung dengan menggunakan kereta zaidi dengan beberapa pelajar dari UUM dan adik zaidi sendiri. Kami terus ke imgresen untuk prose’s dokumentasi passport dan kenderaan.
Perjalanan kami ke Patthalung mengambil masa dalam 2 jam perjalanan daripada Sadao dan tiba di Patthalung pada pukul 11 pagi. Di Patthalung terdapat beberapa tempat menarik yang boleh kita lawati, di antaranya adalah seperti tasik Thale NOI , ,tasik yang paling terbesar di Thailand di mana muaranya di Laut China selatan yang bersambung ke Songkhla.
Tasik Thale Noi terkenal dengan penghijrahan burung-burung dari seluruh dunia yang berhijrah pada setiap tahun. Di atas permukaan tasik Thale Noi dipenuhi dengan pokok-pokok teratai, bulan ini adalah bulan yang paling sesuai bagi mereka yang ingin datang ke Tasik Thale Noi, anda boleh melihat lebih dekat bunga-bunga teratai mula kembang dengan cantik. Thale Noi Adalah kawasan lindungan dan sudah diwartakan sebagai kawasan perlindungan dibawah kawalan kerajaan Thailand.Keluasan Tasik Thale Noi adalah 1,040 km² dan dia bersempadan dengan Wilayah Songkhla
Penduduk yang tinggal di sekitar Tasik Thale Noi kebanyakkannya adalah berbangsa siam dan beragama Buddha juga terdapat komuniti kecil Melayu Thailand yang beragama Islam. Aktiviti harian penduduk di Thale Noi adalah bekerja sebagai nelayan dan selebihnya adalah Petani.Bagi yang suka melihat keindahan alam dan peminat photography, masa yang paling sesuai untuk anda datang ke Thale Noi adalah pada waktu sebelum subuh ataupun Sunset dan pada waktu menjelang senja (sunset). Sunrise & Sunset di Thale Noi adalah tersangat cantik dan ia boleh dilihat dengan mata kita sendiri atau dirakamkan didalam kamera. Saya cadangkan kepada anda yang ingin datang melihat matahari terbenam, korang boleh datang ke Phru Khuan Khi Sian, dan anda perlu menyusuri jambatan panjang yang merentasi paya lembab di Phru Khuan Khi Sian. Di sepanjang jambatan, korang boleh lihat beribu-ribu kerbau yang ada di Paya yang terletak di Phru Khuan Khi Sian. Phru Khuan Khi Sian terkenal rrawaddy Dolphin, ikan lumba yang makin pupus di perairan Thale Noi

Sebelum Sampai di Patthalung, kami singgah sarapan di kedai Mak cik nie, mak cik nie baik, bila diajak ambik gambar, tak segan dan malu, dia boleh pose kat depan kamera. Manu sarapan pagi kami Pulut Ayam

ini adalah kali pertama saya datang ke Thale Noi, pada mulanya agak kurang percaya dengan zaidi, sebab nampak mcm laut, tapi bila tenung lama-lama baru nampak tasiknya, seriously Tasik Thale Noi Memang Sangat luas. Banyak bot penumpang yang boleh bawa korang bersiar disekitar Tasik Thale Noi, harga tak berapa pasti, berapa kadar bayaran yang perlu dibayar dengan perkhidmatan bot penumpang

Kawasan ni di Phru Khuan Khi Sian dan tak berapa jauh daripada Pekan Thale Noi, kalau nak sampai ke sini, kena tanya local kat sana, lagi satu kalau ade Iphone install sahaja application Language yang boleh bantu kita, sebab kat sini ramai orang tak faham cakap English, inikan lagi cakap melayu

Disepanjang jalan menuju ke Phru Khuan Khi Sian, kita boleh tengok tangkoi (orang kedah panggey), kalau sesapa yang pandai ambik gambar, pasti kelihatan nampak cantik tangkoi-tangkoi nie. Tangkoi salah satu cara bagi menangkap ikan dan cara ini juga masih lagi digunakan di negeri diutara Malaysia, seperti kedah & Perlis

Terdapat banyak paya yang ditumbuhi pokok-pokok thai. Kalau nak ambik gambar boleh sahaja berhenti diatas jambatan panjang, tapi pastikan berhenti di tempat yang disediakan, jangan main behenti jek ikut suka hati kita.

Kalau nasib kita baik, kita boleh tengok awan tu mcm tak berapa tinggi sahaja dari atas kepala kita, tapi memang tak boleh nak pegang.
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7201/6829323688_2e171e98d4_z.jpg” alt=”" />
kalau pusing-pusing kat tasik Thale Noi, Pasti korang akan jumpa dengan kandang-kandang Kerbau nie dekat paya-paya, bukannya sikit tapi banyak kandang-kandang, yang uniknya, kandang-kandang di kelilingi air
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7068/6975433241_195f9e4686_z.jpg” alt=”" />
Sihat-sihat kerbau kat sini, kalau nak tengok kelibat-kelibat kerbau nie, datang dalam pukul 4.30 petang, kalau datang lewat, kerbau dh masuk kandang
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7043/6975440843_810e4b816a_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7048/6975432453_bf73bef279_z.jpg” alt=”" />
Penjaga kerbau akan datang pada pukul 4 dan kemudian, akan menghalau kerbau-kerbau masuk kedalam kandang, hebatkan penjaga dia, siap kena naik sampan, baru boleh halau kerbau masuk kandang. sebenarnya kawasan nie dinaiki air, sebab baru-baru nie hujan lebat.
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7050/6975512539_64773b88ea_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7054/6829428566_d8990d5a2a_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7189/6975559625_691db37895_z.jpg” alt=”" />
untung nasib, kita boleh jumpa orang kutip daun dan bunga teratai, meredah semak untuk menguti bunga-bunga teratai dan setiap bunga teratai akan dijual kepada pembeli, tak sure harga dia berapa ![]()
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7188/6829443440_d3683d6b3a_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7203/6829452492_63fe2cda8e_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7199/6975543461_c0b6d97a01_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7207/6829460588_6ce09fbced_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7067/6975506117_6aafb79f7f_z.jpg” alt=”" />
Bunga teratai ni terkenal kepada mereka yang menganut agama buddha, bunga, batang dan daun digunakan dalam upacara keagamaan orang buddha, Waktu kecik-kecik dulu aku selalu jek kutip buah teratai dikampung aku, buah yang mana sebelum menjadi bunga dan kalau dimakan, rasanya lemat manis, tak percaya cuba la
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7061/6829487720_0dfc9b76e2_z.jpg” alt=”" />
Zaidi banyak membantu aku untuk tau lebih lanjut macam mana nak sampai ke Tasik Thale Noi, kalau tak de dia memang aku tak tau langsung kewujudan tasik nie, tapi yang aku tau tasik dari Songkhla yang mana bersambung ke Thale Noi nie.
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7195/6829503068_c5fda751ab_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7066/6975670487_451aa2dcb9_z.jpg” alt=”" />
<img src=”http://farm8.staticflickr.com/7191/6829550210_00ca567978_z.jpg” alt=”" />
Kalau di Brighton Beach, Melbourne terkenal dengan rumah warna-warni tapi di Phru Khuan Khi Sian korang boleh tengok satu rumah yang dibina dengan cantik berada di atas air yang mana rumah tersebut tiada penghuni.
cantikkan permandangan kat sini, kalau datang sini kena rajin explore sendiri dan senang guna kereta sendiri, nak tau mcm mana prosesnya, aku boleh sharekan kalau korang nak memandu sendiri.
bila waktu petang ramai pemancing yang datang untung memancing kat sini, tapi rasenya kawasan nie memang tak boleh memancing, sebab kawasan nie telah dipagar rapi oleh kerajaan bagi melindungi hidupan yang ada dikawasan paya

Tengok !!! cantikkan waktu sunset kat Tasik Thale Noi nie, tapi ini belum cukup untuk aku untuk menikmati matahari terbenam kat sini. Seriously sunset di Tasik Thale Noi sangat cantik dan menarik, Insyallah aku akan dapat lagi ke Tasik Thale Noi bulan depan dan perlu menginap di Thale Noi Selama 2 hari. Apapun ini sahaja cerita terbaru dari aku, apapun terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca
Filed Under Uncategorized | 1 Comment
Travel photo : NEPAL
Posted on February 17, 2012
Durbar Square Kathmandu adalah di tempat raja dinobatkan dan tempat pengistiharan raja kepada rakyat, (Durbarbermakna ‘istana’). Oleh itu, satu bandar diraja yang menjadi warisan yang paling hebat di Kathmandu dengansenibina tradisional, walaupun raja tidak lagi menetap di Dhoka Hanuman - istana telah berpindah ke utara di Narayanhitikira-kira satu abad yang lalu. Kini Durbar square menjadi satu tempat tarikan pelancong untuk datang melawat di beberapa durbar dan tempat suci, Jika anda datang ke sini elakkan bergambar dengan beberapa sami yang berpakaian alim, kerana mereka akan memaksa pelancong untuk bergambar dan kemudiannya akan meminta wang sebagai satu upah
Phewa tasik, tasik kedua terbesar di negara Nepal, jarak lebar dianggarkan dalam 1.5 km dan 4 km lebar, adalah pusat semua tarikan pelancong di Pokhara. Tasik yang mempesonakan dan yang indah dengan diserikan sampan-sampan berwarna-warni yang terdapat di hadapan lake side, jika datang ke pokhara jangan lupa merasai dayungan dan mengelilingi tasik dengan sampan, kadar upah kepada pendayung amat berpatutan dan murah
Landruk dalam Banjaran Annapurna, Hari pertama aku trek, landruk menjadi persinggah dan hari terakhir juga menjadi tempat penginapan. Banyak meninggalkan kesan dalam diri, bila berada di Landruk
Perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara mengambil masa 8 jam masa perjalanan, melalui jalan yang sangat menakutkan, seperti berada didalam program Deadliest road dan aku saksikan sendiri Bas Terjunam ke bawah. Pokhara adalah satu tempat yang paling menarik di Nepal, banyak aktiviti yang boleh dibuat
Udey Ismail
Principal Photographer
Mukhriz & Udey Photography
Tel : +6016 – 5554816
Email : udeyismail@gmail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
facebook :https://www.facebook.com/mukhrizlatif.udeyismail
Filed Under Uncategorized | 2 Comments
Destinasi seterusnya, Annapurna Nepal
Posted on January 31, 2012
Esok 1 Feb 2012, aku akan bertolak ke Kathmandu Nepal pada pukul 8.30 daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Ini adalah kali pertama aku akan menjejakkan kaki di Negara Nepal, sudah lama hajat aku simpan untuk datang ke Nepal, Sanggup aku tunda trip ke India semata-mata nak melihat keindahan di pergunungan Annapurna. Trip kali ini disertai oleh seorang sahabat aku, Yazid, kiranya hanya kami berdua sahaja yang akan ke Nepal dan pada mulanya yang dirancang adalah 3 orang. Seorang kawan aku tak dapat menyertai kami atas masalah urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan, memang dh beli tiket, nak buat macam mana, tak de rezeki untuk join trip ni.
Penerbangan kami esok dengan menggunakan Syarikat penerbangan Royal Nepal Airway dan jadual perjalanan akan mengambil masa dalam 4 jam penerbangan untuk sampai ke Tribhuvan International Airport kathmandu. Untuk Makluman semua apa yang saya boleh update disini adalah harga tiket penerbangan kami pergi dan balik adalah RM1790 termasuk Tax, tiket yang kami beli melalui Travel agent di Kuala Lumpur.
Nak cerita detail macam tak seronok pulakkan, kalau nak tau lebih lanjut, kena follow blog ni dan jangan lupa baca entry “first time i see Annapurna”, kalau ada buku jangan lupa beli buku, nanti akan bertahu.
Trip ini adalah dengan menggunakan rancangan sendiri dan berpandukan guide yang diberikan oleh Lonely planet, buku tu sangat berguna dan aku sendiri cadangankan korang beli buku Lonely planet untuk mana-mana destinasi yang korang nak pergi. Persiapan rapi dh di buat dan senarai harga daripada penginapan, pengangkutan dan Makanan telah disenaraikan, bagi mengelak daripada pihak-pihak yang mengambil kesempatan.
Kami akan berada di Bandar Kathmandu Selama 2 hari, bagi proses dokumentasi untuk permit Trekking yang dipanggil TIMS, bagi yang pergi menggunakan Guide dan porter urusan macam nie korang tak payah risau, semua diorang yang akan buat untuk korang, cuma sediakan 2 gambar ukuran Passport. Bagi kami yang tak menggunakan guide dan tak mampu bayar, kami pilih jalan sukar dan memilih memandu diri sendiri untuk sampai ke puncak. Bagi yang menggunakan guide, banyak kesenangan tapi kurang kelebihan pengalaman dan bagi kami nanti, mungkin banyak kepayahan tapi banyak pengalaman mungkin, Insyallah. Kos bagi perkhidmatan guide bergantung kepada Trekk yang kita pilih, kalau trekk yang korang pilih memakan masa 2 minggu perjalanan, rasenya mencecah 1500 dolar USD, tak susah korang jalan jek, just bawak barang skit-skit. Bagi plan kami, kami berdua menggunakan MAP dan tips yang kami rujuk daripada beberapa pendaki yang pernah sampai dan diorang cadangankan kami untuk memilih jalan susah tapi menyeronokkan, nak tau total bajet kitorang? hehe, kena tunggu, kalau berjaya apa yang kami rancang, aku akan share sendiri list belanjawan kami untuk korang semua.

gambar dari http://www.flickr.com/photos/soundstorm
Annapurna Circuit memang amat terkenal pada Backpacker yang suka menjelajah dan Annapurna Circuit menjadi idaman ramai pendaki dan Backpacker untuk sampai dan mengelilingi annapurna circuit, ketinggian Annapurna adalah dalam 8,000m dan jarak mengelilingi Banjaran Annapurna adalah 50km, di Banjaran Annapurna sahaja terdapat banyak trekk, bagi yang berminat, korang hanya pilih sahaja, nak susah dan senang, semua ada. Bagi kami, kami boleh pilih sama ada tinggal di Teahouse atau berkhemah, memandangkan keadaan sekarang nie sejuk dan berkemungkinan Snow turun, bagi pilih duduk di teahouse yang terdapat sepanjang perjalanan naik. Kami akan berjalan bermula dari kaki gunung sehingga la puncak poon hill, yang mana poon hill paling terkenal untuk tengok permandangan kesemua gunung-gunung yang ada di banjaran annapurna dan orang cakap jangan lepaskan peluang tengok Sunrise pada pukul 5 pagi.

photo by http://www.flickr.com/photos/willypa1
Annapurna terletak berhampiran bandar Pokhara yang mana perjalanan kami nanti dengan mengunakan bas yang akan mengambil masa 8 Jam masa perjalanan untuk sampai ke Pokhara, bagi yang nak memendekkan masa perjalanan dan berkemampuan korang boleh naik kapal terbang dari Kathmandu ke Pokhara, ambik masa 35-40 minit penerbangan, dekatkan kalau terbang. Bas nanti akan lalu bukit-bukit dan lembah-lembah.
Pada Kawan-kawan Doakan kami selamat pergi dan selamat balik dan doakan impian kami ni menjadi kenyataan. Balik boleh update video travelogue dengan gambar-gambar yang menarik. 3 hari mungkin kami boleh mengekses internet, selebihnya akan spend masa kat gunung. Doa semua selamat ok
Filed Under Uncategorized | 11 Comments
Serkap ikan
Posted on October 4, 2011
Serkap ikan atau mengagau ikan, perkataan yang selalu digunakan bagi orang-orang kedah yang tinggal berdekatan dengan sawah padi dan sungai. Bila sebut pasal serkap ikan, ia mengingatkan kembali zaman kanak-kanak yang pernah aku sendiri, mungkin korang sendiri yang pernah melalui pengalaman menangkap ikan di sawah mahupun di sungai. Pengalaman yang sudah berbelas tahun dulu kini menjadi sebuah Nostalgia kenangan hidup bagi kita yang pernah lalui semua ni dan bersyukur sebab aku dapat merasai pengalaman sebegini, ia menjadikan koleksi modal untuk bercerita kepada anak-anak dan cucu-cucu yang akan dilahirkan satu hari nanti.
Dimana aku berada, berpuluh negara mana yang pernah aku menjelajah, aku tak akan lupa mana asal usul aku, semangat kampung masih segar dalam tubuh badan, Kedah Darul Aman Negeri Kelahiran, Bumi Malaysia Tanah airku. Aku lebih senang cara hidup kampung, biar jiwa pemikiran di arus permodenan tapi hati tetap seorang anak kampung
Sekali lagi aku ingin katakan, gambar-gambar diatas dan dibawah membuatkan aku rasa sangat sayu dan tersangat Nostalgia, mengimbau kembali suka duka di zaman persekolahan kanak-kanak dulu dan Alhamdulillah sebab aku diberikan peluang oleh Allah untuk menikmati kembali tradisi sebegini, yang satu ketika, aku fikirkan tradisi ini mula lesap dari ingatan.
Pada Masa sekarang, kedah didalam musim menuai. Musim menuai secara berperingkat, dari utara kedah sehingga ke selatan negeri kedah, ada yang sudah masak, ada yang hijau kekuningan, memang sesuai dengan nama jolokkan “negeri jelapang padi Malaysia” tanah yang subur dan sesuai untuk penanaman padi. Tanah Sawah mahal nilainya, mungkin yang tidak sayang, mungkin akan dijual tapi bagi yang sayang, sampai 1 keturunan tidak dijualnya. Bagi aku hasil tanaman padi itu la yang membesarkan kami sekeluarga
Walau tidak semewah mana dari hasil biji beras, aku rasa sangat bersyukur dengan apa yg dikurniakan, bukti semangat tenaga ayah membesarkan kami
Serkap ikan selalunya boleh dilihat selepas musim menuai. Waktu padi mula masak, waktu itu lah ikan-ikan darat akan masuk ke petak-petak sawah, di petak sawah menjadi tempat permainan, tempat ikan mencari makan, makan serangga serangga perosak dan ikan menjadikan tempat untuk bertelur. Selain daripada ikan, ular jugak menjadi sawah tempat mencari makanan, disitu terbentuk la satu kitaran rantaian makanan yang complete.
Ikan yang selalunya boleh didapati dalam petak-petak sawah, adalah ikan puyu, ikan keli, ikan sepat benua, sepat kedah, haruan, ikan selat dan belut. Pada waktu kanak-kanak dulu, ikan haruan boleh di perolehi dengan sebesar lengan dan sebesar betis kaki manusia. Ikan eat jarang sekali kita dengar, mungkin di kedah ada yang masih mengenali rupa bentuk ikan selat, tapi sekarang ikan selat dan ikan sepat sangat sukar diperolehi, mungkin dilanda kepupusan spesis.
Pada satu ketika dahulu, untuk mengenal pasti di mana petak sawah yang mempunyai ikan yang banyak. Boleh dilhat dengAn ramai mak cik-mak cik akan memancing dalam petak sawah dengan mengunakan batang buluh panjang, dikenal pasti jugak dengan kedalaman petak bendang. Apa bila petak sudah dikenal pasti, kami waktu itu akan menanti musim menuai. Cara menuai pada waktu itu telah mengunakan teknologi moden, dengan mengunakan mesin padi. Kalau di sekolah rendah dahulu, masing-masing ade cerita tentang mesin padi yang ada di kampung masing-masing, contohnya new holland dan banyak lagi yang aku lupa, mungkin korang boleh ingatkan kembali memori aku.
Jika musim menuai jatuh pada musim kemarau, itu menjadi satu petanda bAik bagi kami yang suka menangkap ikan. Petak bendang akan kering dan berlembab, bekas tapak-tapak kaki didalam sawah menjadi lopak dan disitu la ikan-ikan akan berkumpul. Bila air menjadi kering, ikan yang tidak sempat mengikut arus air dlm masa proses air kering, ikan sedaya upaya mencari lopak air dengan mengeratkan badannya diatas darat, ikan yang boleh bertahan lama adalah ikan puyu dan ikan haruan. Dengan menyelak jerami pasti akan jumpa ikan yang berada didalam lopak kecil, tapi berhati-hati ketika mengagau, takut-takut ular yang dicapai
.
Satu ketika aktiviti mencari ikan mula berkurangan dan ikan-ikan sukar boleh didapati dalam sawah, adakalanya ada dan adakalanya tidak ada langsung, lama kelamaan aktiviti serkap ikan susah dilihat lagi
Disebabkan penggunaan racun serangga yang telah mencemarkan air sawah. Ia menyebabkan ikan mati termasuk la benih-benih ikan, ikan tidak berani lagi untuk masuk ke petak bendang. Bila dipetak bendang tidak ada lagi ikan, ia mendatangkan lagi satu masalah kepada petani, maka datanglah spesis siput gondang yang merosakkan anak benih pokok padi, termasuk la tikus yang berleluasa memakan benih padi yang ditabur. Apabila ular tidak masuk lagi ke petak sawah, ia memberi laluan kepada makhluk perosak yang merosakkan rantaian makanan semulajadi.
Kini racun perosak yang telah digunakan oleh petani telah dilarang digunakan lagi dan hari demi hari ikan mula kelihatan didalam petak-petak sawah dan telah membentukan semula rantaian sebenAr dan alhamdulillah ia menjadi satu punca rezeki kepada generasi Anak-anak muda dikampung.
Dahulunya seingat aku, aku pernah bawa balik ikan darat, 1 timba besar yang penuh dengan ikan, boleh dikatakan setiap hari.
Kini aku dapat melihat kembAli pesta menangkap ikan dikampung aku sendiri, didalam petak sawah menjadi satu pest besar bagi pengemar ikan darat
Ikan yang ditangkap akan dijadikan laut untuk santapan tengahari dan malam untuk sekeluarga dan adakalanya dijual kepada orang-orang yang baru lepas melahirkan anak, terutama sekali ikan haruan yang sesuai untuk mengubati luka dan menghilangkan parut. Bila terlalu banyak ia dijadikan perkasam di peram untuk beberapa minggu, ikan yg sesuai dan sedap adalah ikan puyu, ikan sepat dan ikan lampam.
Setakat ini sahaja cerita aku disini, memohon maaf jika ada tersalah perkataan dan bahasa yang kurang difahami. Cerita ini adalah perdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui dulu, apa terima kasih
Filed Under Uncategorized | 8 Comments
Kilang Arang, Kuala Sepetang
Posted on September 19, 2011
3 minggu lepas, sebelum aku balik beraya ke kampung di Pendang, Kedah, aku dengan adik aku ada membuat perancangan untuk ke Kuala sepetang sebelum kami pulang beraya di kampung, lagupun satu jalan untuk sampai ke kedah.
Bila sebut Kuala sepetang, pasti ramai yang akan mengenali kuala sepetang dengan Mee udang. Kalau cakap sahaja nak ke Taiping, atau ke kuala sepetang, ramai yang akan memberi peringatan jangan lupa mencuba mee udang, tak tau la macam mana rasa mee udang kat kuala sepetang, aku sendiri pon tak pasti kesedapan dan nikmat mee udang kuala sepetang macam mana.
Kami bertolak daripada kuala lumpur pada pukul 3.00 pagi, sebelum bertolak sempat lagi mengeteh dengan kawan-kawan, damak (naza abdul hamed), may, zul dan beberapa orang teman dari photo malaysia. Dengan apa yang di ceritakan dan tip yang diceritakan, aku ambik time masa dia. Masa aku balik, tinggal lagi 1 minggu sebelum kita sambut hari raya, lagipun kalau balik awal-awal senang sikit, sebab tak tempoh jalan sesak. Masa bagi pukul 3.00 pagi untuk bertolak memang adalah sesuai dan anggaran masa yang kami tetapkan, akan sampai di kuala sepetang pada pukul 7.00 pagi. Masa yang di pilih amat sesuai, kerana waktu tu, tak begitu banyak kenderaan di lebuhraya, cuma yang banyak adalah lori-lori besar yang menuju ke utara tanah air. Sebelum memanduan aku pastikan diri sendiri sihat dan cukup rehat, bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ketika musim perayaan.
Kami tiba di hentian rehat dan rawat sungai perak pada pukul 4.450 pagi, berhenti bersahur dan rehatkan mata sebelum meneruskan perjalanan. Jarak dari RNR sungai perak tidak begitu jauh untuk sampai ke susur keluar tol Changkat Jering. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang pada pukul 6.00 pagi dan apa yang aku harapkan pada waktu itu, diharapkan akan sampai ke sana pada pukul 7.00 pagi. Daripada susur keluar tol Changkat Jering, mengambil masa 20-30 minit masa perjalanan, menurut rakan-rakan kami yang pernah sampai ke kuala sepetang.
Akhir aku tiba di kuala sepetang tepat pada pukul 7.00 pagi, di sepanjang jalan menuju ke Kuala sepetang terdapat beberapa rumah lama, balai raya lama yang membuatkan aku tertarik dengan peninggalan sejarah lama yang masih kekal sampai ke hari ini. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kami di Kuala Sepetang
Mengikut sejarah, Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld, pasti kita pernah mendengar nama port weld tu dalam buku sejarah bukan
. Kuala sepetang jugak adalah tempat hutan kayu bakau terbesar di malaysia dan diwartakan sebagai hutan bakau simpanan.
Kalau korang semua nak tau, apa tujuan aku nak ke Kuala sepetang ?, Makan mee udang Mak jah & Mak teh ?. nak makan mee udang masa tu mana la boleh, sebab waktu tu bulan puasa, semua kedai mee udang tutup. Selain Mee udang, Kuala sepetang juga terkenal dengan industri pengeluaran arang, selain daripada sektor perikanan. Arang yang dibakar daripada Kayu Bakau. Kalau nak tengok macam mana arang bakau punya proses, jom ikut dan tengok gambar-gambar kat bawah.

suasana seawal pagi di kilang arang di kuala sepetang



Kayu bakau yang masih mentah dan siap dipotong, sebelum melalui proses menanggalan kulit yang diangkut daripada bot

Kanak-kanak ini bangun seawal pagi dan datang ke kilang bagi membantu keluarga melakukan kerja-kerja di kilang arang dan pulang ke rumah bagi persiapan untuk meneruskan pengajian di sekolah pada sebelah petang
Setibanya aku di Kilang arang, aku di sambut dengan anjing-anjing di kilang tersebut, risau jugak dengan anjing-anjing yang banyak berkeliaran, tapi seorang mak cik menegur, “adik tak payah takut la, anjing tu tak gigit orang”, sebelum tu, kawan-kawan aku ada pesan, kata diorang anjing kat kilan tu memang friendly sikit. Kalau friendly boleh la aku suruh anjing tu angkat beg kamera aku hehe.
Nampak kelibat mak cik umur dalam lingkungan 60 tahun senang memisahkan kulit kalau bakau di luar kilang, dengan bedak sejuk dimuka di tambahkan lagi kesegaran muka di awal pagi. Suasana pagi di kawasan sekeliling kilat pada waktu tu, sangat berkabus dan ditambah dengan keadaan yang berjerebu yang dibawa angin dari negara jiran kita, iaitu indonesia, cantik cantik dan sejuk mata memandang dan pada waktu tu, air surut. untuk mengenali mak cik tu, aku cuba datang dekat untuk beramah mesra. Mak cik yang sedang sibuk melayan tarah kulit kayu sangat mesra dan katanya, di sini terdapat banyak kilang dan berlainan tokeynya, sama seperti yang kawan aku cakap, katanya lagi dan menyuruh aku masuk sampai ke dalam.

Seorang pekerja yang sedang menunggu masa air pasang bagi proses mengangkut kayu bakau yang dipotong di hutan paya bakau. Apabila air surut, ia menyukarkan lagi kerja-kerja pengangkut kayu untuk dipindahkan ke Kilang


Proses menyusun kayu-kayu bakau yang dipotong dan dibuang kulit di Dapur, tempat pembakaran arang yang akan dijalankan









Kayu-kayu yang di susun akan dibawa masuk ke dalam dapur pemakaran.




antara arang-arang yang sudah siap di bakar, akan dikeluarkan untuk dimasukan ke dalam lori, sebelum melalui proses pembungkusan


















Setiap dapur pembakar diperbuat daripada bata merah dan diseliputi tanah liat. Bata-bata disusun mengikut bulatan


Arang-arang yang hancur kecil akan dibungkus dan arang kecil ini sesuai dijadikan arang bagi BBQ

Apabila air pasang, kayu akan dibawa masuk dengan bot-bot ke kilang dan kerja pemindahan kayu-kayu ini hanya dilakukan oleh seorang pekerja sahaja









Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan dan di pasarkan ke Korea dan jepun bagi tujuan pembuatan alat-alat solek, agak teruja juga bila aku dengan arang nie boleh buat alat-alat make-up.
daripada pukul 7 pagi sampai la ke pukul 3 petang aku disini, hitam tu tak payah cakap la, sampai ke hidup. Pada mulanya aku agak pelik sebab, aku ingta orang-orang yang bekerja di sini adalah daripada orang alim, siap bercelak kat mata, lama kelamaan baru aku tau sebab apa hitam, sebab lama sgt main dengan arang. Sempat juga merasa masuk dalam dapur tempat pembakaran, memula agak takut sebab panas, atas pelawaan mak cik-mak cik kat situ, aku pun cuba masuk ke dalam. Kalau berdiri didalam dapur, memang terasa panas, tapi bila duduk, panas tak ada lagi.
Waktu aku kat kilang tu ada juga part paling lawak, aku salah terjah, sekali terjah semua tergamam sambil ceduk nasi, dah rasa macam movie pulak. Mak cik-mak cik muka malu sebab tak puasa, siap cakap, maaf la adik, kami tak puasa, nak buat mcm mana katanya, tapi aku faham sebab berat jugak kerja-kerja diorang semua nie.
Agak lama aku kat kilang tu, aku ambik keputusan untuk beredar daripada kilang tu, untuk menyambung perjalanan balik ke kedah.
Apapun sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog nie, mesti korang letih nak scroll kat blog nie, apapun terima kasih
Filed Under Uncategorized | 8 Comments
Water buffalo
Posted on August 19, 2011
Pasti semua pernah tengok kerbau bukan ?, dan ada yang langsung tak pernah nak terserempak dengan brother kerbau. Kalau di Malaysia nie, kita boleh tengok di negeri-negeri dibahagian utara, timur dan di Negeri sembilan dan Melaka.
waktu aku di Bukit tinggi baru-baru nie, aku memang teringin sangat nak tengok teknik pertanian lama, seperti mana gambar yang aku upload nie, teknik membajak menggunakan kerbau. 23 tahun lepas, aku pernah tengok benda nie di kampung aku sendiri, dan dirumah aku ada kayu tu, kalau aku tau, aku nak jek simpan kayu yang kerbau tarik tu. Ayah aku seorang pesawah so sebelum teknologi moden masuk, aku kira bertuah sebab tengok teknik membajak nie sebelum dia pupus nie kedah, ade tu ada lagi, tapi memang susah untuk kita lihat. Mengikut orang-orang lama, diorang cakap teknik traditional nie bagus dan dibezakan sekarang, hasil tanaman cantik dan tidak mudah rosak, memandangkan ia memerlukan tenaga dan kerja yang banyak, so orang sekarang memilih teknologi baru, begitu jugak dengan kerbau, memerlukan penjagaan yang rapi, tak boleh main lepas jek macam lembu, pagi ditambat dan di ikut untuk berkubang, petang kena ambik dan dibawa masuk ke kandang, lepas tu nak kena pasang api lagi, aku tau sebab aku pernah lalu benda-benda tu
. Memandangkan penjagaan yang rapi, orang kedah sekarang nie jarang membela kerbau, tapi kerbau nie harga dia mahal sikit.
Bagi Masyarakat yang berketurunan Minangkabau, kerbau adalah satu simbolik pada mereka, di Bukittinggi, banyak benda yang berunsurkan kerbau sehingga la ke Makanan, sampai kulit pon boleh dijadikan keropok, sempat jugak merasa. Keropok sapi memang paling terkenal bagi orang-orang minang, bagi yang ke Padang atau bukit tinggi, jangan lupa nak merasa kerepok nie, kalau boleh beli di pasar-pasar diorang dan balik ke malaysia goreng.
Kerbau nie seronok kerjanya, sambil buat keje, sambil makan. Sawah di Bukittinggi kebanyakkan ditanam di lereng-lereng bukit, so tanah pula tak terlalu dalam, ada kalanya sampai atas buku lali sahaja. Kalau di Malaysia, benih padi nie tabur terlebih dahulu tapi di sini, dengan ada proses semaian dulu dan disini tak semua orang pakai kaedah traditional nie, ada yang pakai mesin kecil. sistem pengairan pulak sentiasa keluar masuk, so susah la nak jumpa ikan dalam petak-petak sawah nie memandangan air sentiasa mengalir keluar
Waktu dalam perjalanan menuju ke Puncak lawang, aku & carlos terserempak dengan Mesin bajak berkaki empat nie, kami pon tak sangka sebab dapat boleh tengok kaedah traditional macam kat gambar ni, untuk sampai ke sawah nie tak ada jalan yang mudah, so kena redah, memandangkan aku tak nak terlepas dari ambik gambar nie, kami cari jalan jugak, mcm mana untuk sampai dekat dengan pak cik yang sedang membajak.
Sebelum benda nie pupus zaman, aku ambik gambar nie banyak-banyak, nanti bila dah tak ada, susah nak buat penerangan kat anak-anak nanti, sekurang-kurang bapak dia dah ade stock image nie, bukan senang nak dapat peluang macam nie kan, dulu kita pun tak pernah terfikir benda nie macam nie tak akan kekal untuk selamanya, apapun terima kasih kepada semua yang sudi masuk ke travel blog nie, nantikan next entry seterusnya
Filed Under Uncategorized | Leave a Comment






