Travel photo : NEPAL
Posted on February 17, 2012
Durbar Square Kathmandu adalah di tempat raja dinobatkan dan tempat pengistiharan raja kepada rakyat, (Durbarbermakna ‘istana’). Oleh itu, satu bandar diraja yang menjadi warisan yang paling hebat di Kathmandu dengansenibina tradisional, walaupun raja tidak lagi menetap di Dhoka Hanuman - istana telah berpindah ke utara di Narayanhitikira-kira satu abad yang lalu. Kini Durbar square menjadi satu tempat tarikan pelancong untuk datang melawat di beberapa durbar dan tempat suci, Jika anda datang ke sini elakkan bergambar dengan beberapa sami yang berpakaian alim, kerana mereka akan memaksa pelancong untuk bergambar dan kemudiannya akan meminta wang sebagai satu upah
Phewa tasik, tasik kedua terbesar di negara Nepal, jarak lebar dianggarkan dalam 1.5 km dan 4 km lebar, adalah pusat semua tarikan pelancong di Pokhara. Tasik yang mempesonakan dan yang indah dengan diserikan sampan-sampan berwarna-warni yang terdapat di hadapan lake side, jika datang ke pokhara jangan lupa merasai dayungan dan mengelilingi tasik dengan sampan, kadar upah kepada pendayung amat berpatutan dan murah
Landruk dalam Banjaran Annapurna, Hari pertama aku trek, landruk menjadi persinggah dan hari terakhir juga menjadi tempat penginapan. Banyak meninggalkan kesan dalam diri, bila berada di Landruk
Perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara mengambil masa 8 jam masa perjalanan, melalui jalan yang sangat menakutkan, seperti berada didalam program Deadliest road dan aku saksikan sendiri Bas Terjunam ke bawah. Pokhara adalah satu tempat yang paling menarik di Nepal, banyak aktiviti yang boleh dibuat
Udey Ismail
Principal Photographer
Mukhriz & Udey Photography
Tel : +6016 – 5554816
Email : udeyismail@gmail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
facebook :https://www.facebook.com/mukhrizlatif.udeyismail
Filed Under Uncategorized | 2 Comments
Leave a Comment
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
Wow awak berada disana ker? Alhamdulillah saya pernah sampai di ketiga2 tempat seperti photo di atas…
baru berkesempatan skdeng blog awak, nice photo. Selamat mendaki ke Annapurna base camp, cuba perhati bintang dilangit kalau dah sampai di base camp, dulu ketika saya disana langit ditaburi jutaan bintang yang berkerlipan disetiap hujung langit, maybe boleh di ambil photo nya dan share kat sini nanti….